Alhamdulillah….. Syukur Masjid Jambu Merah Melor sentiasa ada jamuan sumbangan dari jemaah selepas solat isyak dan jemaah² juga dapat mendengar tazkirah maghrib yg disampaikan oleh ustaz.
Hidangan jamuan seperti Nasi arab, pulut ikan kering, roti cicoh gulai, nasi dagang dsbnya memeriahkan lg suasana masjid demi menarik anak² mukim untuk msngimarahkan masjid, solat berjemaah, menambah ilmu dgn mendengar tazkirah dan menggalakkan utk bersedeqah.
Jazaakumullahu khairan kathiira.
At-Taubah: 18
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.